tempat shopping murah.yeay!

ini sememangnya berita baik untuk ibu-ibu dan nenek-nenek.untuk orang muda remaja macam saya pun, berita ini boleh jadi brita baik juga.haaa..nak tahu tempat shopping murah meriah?? (trademark glamour kedai2 di Indonesia). semalam, saya ke sebuah pasar.mesti anda expect pasar raya kan?no..no..no..saya pergi pasar tradisional. macam pasar minggu atau pasar pagi, atau pasar malam..apa-apa nama pun boleh la..nama pasar ini pasar Manir yang bersiaran langsung setiap hari Sabtu pagi.memang murah.

mana ada tempat lain jual ikan lolong sekilo just rm2 jer (nama ikan lolong tu untuk orang Terengganu, kalau tempat lain, saya tak tahulah pulak).murah tahap gaban ar!murah tak boleh blah..lepas tu, saya jalan lagi, rambutan just m5 untuk 3kilo.mahu kembung perut makan rambutan, duku pula rm2 sekilo.hohhh..berbaloi ke jual dengan harga semurah tu?entahlah..dek perut saya yang lapar ni, saya pun melayan perasaan (eh, layan selera la!) cari nasi lemak. nasi lemak lauk ikan tongkol (memang breakfast masyarakat awam terengganu yer) rm1 sebngkus.okes la tu..nampak pulak kuih koci @ kuih ba ik..dapat 6ketul untuk rm1.sungguh mengujakan para orang lapar..lepas tu, mak saya beli sayur. setengah bulatan salad, 5biji tomato, cabai kecil, 2pokok sawi..rm4 jer!kalau kat pasar biasa, mau dapat rm7. itu barang yang kami tengok atau beli, yang saya tak tengok, taktau lagi tahap kemurahannya.

so apa lagi, kepada seluruh rakyat terengganu yang tinggal di sekitar pasar Manir dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya, jom kita pergi Pasar Manir. kita bantu golongan peniaga kecil yang memang jual murah tersangat-sangat murah dan kita bantu diri sendiri yang pokai nih. dan kpada para remaja, ayuh kita ke pasar untuk mengenali jenis-jenis ikan, sayur, kuih dan buah-buahan. takde la terbeli ikan pari bila mak suruh beli ikan kembung yer..