Kerana aku ingin redha dengan takdirMU

Kerana aku ingin redha dengan takdirMU
Aku tetap memendam sejuta rasa
Aku pasrah walau terluka
Aku menahan duka dalam senyum dan tawa

Tuhan
Aku ingin berada dalam sejuta lindunganMu
Yang menerangi hatiku yang sering suram tanpa cintaMU
Ditegarkan jiwaku dengan subur kasih sayangMU
Aku ingin menangis kerana takut padaMU
Bukan kerana hilang nikmatMU
Yang sering aku harap meski bukan yang terbaik dari ketentuanMU

Kerana aku ingin redha dengan takdirMU
Aku ingin mengecapi manisnya cintaMU
Lebih dari cinta apapun ciptaanMU
Aku ingin langkahku diiringi panduanMU
Agar hidup dicucuri biasan rahmatMU

Tuhan
Biarlah titis mutiara jernih yang mengalir di pipi ini
Kerana aku takut Engkau benci padaku
Biarlah gusar yang menggugah hati ini
Kerana resahku tidak mampu menggapai syurgaMU
Biarlah tunduk segala egoku
Kerana Engkau Tuhan Penciptaku

0 comments:

Post a Comment