Giant dump truck, boyfriend and I

Saya ingin mengekspresikan rindu ini, tapi saya tidak mahu air mata yang lain turut bertakung di tubir kelopak mata. Ya, saya akui, saya rindu. Dan rindu itu semakin menebal akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi apabila saya memakai baju T itu, baju kanak-kanak berumur 10tahun, jenama Nevada yang saya beli di Matos. Sebenarnya saya hadiahkan baju itu kepada Laila. Entah kenapa, waktu melihat baju itu, saya langsung teringatkan Laila. Dah la ada gambar giant dump truck siap explaination carries 310 tons, 29’ Feet Long, 26 Feet Wide, 8 Feet Deep. Saya rasa lawak bila Laila memakai baju itu dan saya akan cakap ‘Laila, eiii..giant dump truck! Busuk ar!’ dan tawa kami berdua akan pecah. Setiap kali Laila memakai baju itu, saya akan mengusiknya. Laila tak pernah marah, malah ikut tertawa. Saya seronok mengusik Laila. Tapi setelah Laila pergi, baju itu saya ambil kembali. Saya pakai, dan saya tahu saya memang rindukan Laila.
Saya teringat, saya pernah bergurau pada Laila, saya tak bagi Laila ada boyfriend, Saya cakap nanti Laila tak sayang saya lagi. Kadang-kadang, saya sengaja ambil hp Laila dan buat-buat cek SMS dia. Kalau ada SMS dari lelaki, saya akan tanya, siapa ni? Laila akan usik saya dan cakap itu SMS dari boyfriend dia. Saya akan buat-buat sedih, Laila dah ada boyfriend. Lalu Laila akan kata “Kau ada pakwe takpe, aku tak boleh.”Saya hanya gelak-gelak sebab saya pun tak ada teman istimewa.
Saya rindukan sahabat saya yang telah pergi dulu, sebelum sempat saya mengatakan maaf atas semua janji saya yang tidak sempat saya tunaikan. Saya sering rindukan Laila di saat saya bersendirian, kerana dulu semasa Laila masih ada, saya kongsi kesendirian ini dengan dia. Saya tahu, saya ada ramai sahabat tapi saya juga pasti, Laila adalah satu antara sahabat terbaik saya yang tidak akan mampu saya tukar ganti.
“Laila, aku rindu kau sangat-sangat” :’(

Apabila Dua Hati Ingin Bersatu…Tapi Pandangan Hidup Bercabang Seribu

Saya percaya, Allah menjadikan manusia berpasang-pasangan. Saya juga percaya ramai orang baik di dunia ini. Namun saya lebih percaya tafsiran baik itu berbeza-beza. Saya tidak mendefinisikan seseorang itu pemilih apabila dia ingin yang terbaik dan menolak orang lain yang dirasakan kurang baik.Mungkin dia mahukan seseorang dengan nilai 95%, bukan 80%. Menilai bukan bererti mengutuk atau mengatakan orang itu tidak bagus atau bla bla bla. Cuma menilai seseorang bukan dari segi fizikal dan material semata-mata. Saya tidak ingin menipu diri sendiri dengan mengatakan fizikal dan material tidak penting , mungkin saya tidak terlalu meletakkan kedua perkara di atas sebagai SANGAT PENTING.

Because the most essential part of choosing Mr Right is how he views his life and what is his goal. No matter how smart he is, if we do not share a same view of life, there is no way these two people can be together. Yes, we have to tolerate people. Because there is no people with the same characteristic. And how someone looks the future will be different with others. But to get the key of happiness is two people with different characteristic have the same goal and the same principle. Yes, PRINCIPLE! That is the word I keep searching for.Hehe.

Pandangan hidup, prinsip, pegangan hidup, matlamat, tujuan.Semuanya harus menuju satu arah yang sama. Tidak mungkin jika saya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, bakal pasangan saya (siapakah itu?haha) mahukan seseorang sebagai suri umah. Tidak mungkin jika dia seseorang yang menikmati ‘kehidupan malam’, sedangkan saya beranggapan berada di rumah lebih baik. Tujuan kita hidup harus seiring. Saya ingin hidup kerana redha-Nya yang saya cari, mungkin dia juga begitu. Namun adakah dia menuju ke arah itu? (ini sekadar contoh. Harap jangan salah faham ^_^)

I always telling myself, I want someone who has same vision with me, my family and my surrounding. I will never fall to a guy that I feel that he cannot get comfortable in the middle of my family. And what I ask is not too much, is it? People who know my family background will just agree with me.Hehe. I bet no one can live with the person that is disagreeing with us for the rest of our life. If you want your head keep spinning, your heart is beating more than 150 beats/minute, I think you can try it and just wait for the blood pressure to rise and suddenly getting cardiovascular attack (Eh apa mengarut ni.ok tau la student medic ;P)

Saya fikir, kita tidak mahu terlalu rigid meletakkan syarat, tapi tidak juga mahu terlalu membuka ‘pintu’ terlalu luas sehingga sesiapa pun boleh masuk tanpa mengetuk pintu dan memberi salam. Yang pasti, biarlah bagaimana cara kita memandang hidup ini, begitulah cara dia merenung masa depan. Terlalu banyak yang manusia inginkan, namun Allah jua yang menentukan. Bukan rupa paras menjadi ukuran, bukan harta kekayaan menjadi sandaran, bukan juga keluarga kenamaan yang diidamkan, tapi bagi saya, cukuplah sekadar lelaki yang beriman serta memahami saya yang akan menjadi super sibuk demi mencari erti keredhaan.

Pyzam Glitter Text Maker


Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts


Kerana aku ingin redha dengan takdirMU

Kerana aku ingin redha dengan takdirMU
Aku tetap memendam sejuta rasa
Aku pasrah walau terluka
Aku menahan duka dalam senyum dan tawa

Tuhan
Aku ingin berada dalam sejuta lindunganMu
Yang menerangi hatiku yang sering suram tanpa cintaMU
Ditegarkan jiwaku dengan subur kasih sayangMU
Aku ingin menangis kerana takut padaMU
Bukan kerana hilang nikmatMU
Yang sering aku harap meski bukan yang terbaik dari ketentuanMU

Kerana aku ingin redha dengan takdirMU
Aku ingin mengecapi manisnya cintaMU
Lebih dari cinta apapun ciptaanMU
Aku ingin langkahku diiringi panduanMU
Agar hidup dicucuri biasan rahmatMU

Tuhan
Biarlah titis mutiara jernih yang mengalir di pipi ini
Kerana aku takut Engkau benci padaku
Biarlah gusar yang menggugah hati ini
Kerana resahku tidak mampu menggapai syurgaMU
Biarlah tunduk segala egoku
Kerana Engkau Tuhan Penciptaku

tempat shopping murah.yeay!

ini sememangnya berita baik untuk ibu-ibu dan nenek-nenek.untuk orang muda remaja macam saya pun, berita ini boleh jadi brita baik juga.haaa..nak tahu tempat shopping murah meriah?? (trademark glamour kedai2 di Indonesia). semalam, saya ke sebuah pasar.mesti anda expect pasar raya kan?no..no..no..saya pergi pasar tradisional. macam pasar minggu atau pasar pagi, atau pasar malam..apa-apa nama pun boleh la..nama pasar ini pasar Manir yang bersiaran langsung setiap hari Sabtu pagi.memang murah.

mana ada tempat lain jual ikan lolong sekilo just rm2 jer (nama ikan lolong tu untuk orang Terengganu, kalau tempat lain, saya tak tahulah pulak).murah tahap gaban ar!murah tak boleh blah..lepas tu, saya jalan lagi, rambutan just m5 untuk 3kilo.mahu kembung perut makan rambutan, duku pula rm2 sekilo.hohhh..berbaloi ke jual dengan harga semurah tu?entahlah..dek perut saya yang lapar ni, saya pun melayan perasaan (eh, layan selera la!) cari nasi lemak. nasi lemak lauk ikan tongkol (memang breakfast masyarakat awam terengganu yer) rm1 sebngkus.okes la tu..nampak pulak kuih koci @ kuih ba ik..dapat 6ketul untuk rm1.sungguh mengujakan para orang lapar..lepas tu, mak saya beli sayur. setengah bulatan salad, 5biji tomato, cabai kecil, 2pokok sawi..rm4 jer!kalau kat pasar biasa, mau dapat rm7. itu barang yang kami tengok atau beli, yang saya tak tengok, taktau lagi tahap kemurahannya.

so apa lagi, kepada seluruh rakyat terengganu yang tinggal di sekitar pasar Manir dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya, jom kita pergi Pasar Manir. kita bantu golongan peniaga kecil yang memang jual murah tersangat-sangat murah dan kita bantu diri sendiri yang pokai nih. dan kpada para remaja, ayuh kita ke pasar untuk mengenali jenis-jenis ikan, sayur, kuih dan buah-buahan. takde la terbeli ikan pari bila mak suruh beli ikan kembung yer..

~lame tidak menulis~denggi, Malaysia,rumah,Jakarta

salam..saya sudah terlalu lama tidak menulis.entah sibuk, entah malas..dua2nya ada kot..itulah kelemahan saya, datang malas saya, saya hanya mahu duduk atau tido sahaja..(kene berubah ni =p)..saya pulang ke malaysia tanggal 9july..dan tanggal 8july, saya discharge dari hospital..emm sakit apa?demam denggi (dengue hemorraghic fever)..empat hari di hospital, saya dapat merasakan betapa sakitnya sakit di negara orang, betapa teman-teman pelbagai bangsa datang membantu, betapa kakak dan abg senior pedulikan adek2 junior dan betapa mahalnya harga khimat perubatan di Indonesia. bayangkan, setiap bnda harus dibeli sendiri.jarum suntikan, wayar dan ubat-ubatan.tidak termasuk setiap hari harus melakukan blood test, caj ujian dngue, caj doktor yang merawat, caj hospital dll. setiap botol 'air' (normal saline~bukan air biasa tau)yang dimasukkan berharga rm30++.dan ada satu jenis lagi yang dinamakan colloid berharga rm80.aduhhh..saya tambah sakit melihat bil2 ubat.lihat pula satu injection antibiotik berharga rm 20++..huiiihh..sehari disuntik dua kali..sudah la sakit diinject, sakit lagi melihat bil..doktor cuma datang melawat sekali sehari dan pada waktu malam..(time orang nak tido tu la die datang)..takde kesempatan nak tanya ubat apa, kenapa,dan boleh tukar ubat tak..yang saya heran, hospital ni just ada papan tanda waktu melawat, tapi xdipatuhi..nak datang kol11 malam pn takpe..yang terganggu, patient laa...haihhhhnak pulak yang datang bawak satu famili utk jaga seorang anggota keluarga yang sakit..dengan anak2 dan baby pn ada..pening kepala saya yang mmg tengah pening..dan satu lagi, lampu tidak dimatikan waktu tidur.tidakkah mereka tau melanin akan aktif waktu malam jika lampu tidak dimatikan sebab dengan lampu terbuka, ia macam siang..mcm mana nak berehat dengan melanin yang disekresi.dah la saya sudah dua minggu tidur xtutup lampu kerana mghadapi ujian.ummmmm..dalam saya sakit tu, mak dan ayah telefon saya 2-3kali sehari..just nak tau keadaan saya..terasa disayangi..ehheheh..dan menghadapi mapt hari yang terasa sungguh lama, kawan2 sangat membantu..sungguh..saya amat menghargai dan kalau boleh saya nak peluk mereka untuk ucapkan terima kasih..utk laila, faizanah, jihad, faizah, alia..terima ksih sgt2 sbb jaga aku, yati dan lala...to clara, kavitha, tharish, kusha, yamuna, terima kasih sgt2...terima ksih utk kerang yang sedap :)

skaran, saya di rumah. mengahbiskan masa dan membuang masa..duduk di rumah dan makan sedap2..ehhehe..nnt, insyaAllah saya kan ke jakarta, menghadiri kongres PKPMI,saya mewakili malang..harap2 banyak faedah yang akan saya dapat selain mnyelesaikan masalah2 pelajar..emmm

KLIA vs LCCT a.k.a MAS vs AirAsia

saya tergerak nk tulis pasal KLIA, LCCT, MAS dan AirAsia ni sebab skrang ni org dok cakap2 tntang AirAsia nk buat airport baru di Labu..emmm..even kes ni tak seheboh kes Perak, tapi agak heboh la sebelum Perak kecoh2 sikit ni...sebenanrnye saya boleh dikira sebagai regular customer LCCT dan AirAsia..setahun saya akan mggunakan penerbangan ini sebanyak 12kali..maklumla saya pulang ke tanah air 3kali setahun..blik ke terngganu pn saya prefer naik flight sbb cepat dan tidak penat...baru2 ini, saya pulang mggunakan MAS.kali kdua saya menaiki MAS sbenarnya.sudah pasti, flight MAS akan landing di KLIA.wahhhh..jauh benar bezanya MAS+KLIA dan AirAsia+LCCT...pertama kali seumur hidup saya merasa seperti org blaja di oversea pulang ke tanah air..hehehe..
apa yang boleh saya katakan tentang LCCT..seperti bus station..contohnya Hentian Putra dekat PWTC tu...turun dari flight, kepanasan Malaysia sudah pasti mnyambut..dengan berjalan kaki, kalau panas, saya berpanas. kalau hujan, saya berhujan menuju terminal.di kaunter imigresen tidak sah kalu tidak beratur panjang.sudah la sesak, panas, McD di LCCT ada lalat..sgt crowded, bising.nk duduk pn tidak cukup tempat..bagi org yang transit mcm saya, mnunggu flight pulg trg selama 6jam, kepenatan amat terasa. seksa sungguh.beza dengan KLIA. keluar pintu pesawat, hawa dingin aircond yang menyapa. saya mmg bukan pulang dari UK, cuma di Malang (kota saya belajar) udara agak dingin.jadi terasa bezanya..walaupun agak jauh ke tempat mengambil luggage, tapi ada small trolley utk hand luggage yang berat.selain itu, ada escalator (entah ye atau tidak org panggil escalator..alaa..tempat laluan yang bergerak tu, tapi bukan tangga). tak perlu saya berpanas, dan berjalan jauh.tempat imegresennya selesa.selain itu, kerusi menunggu pun banyak,persekitaran bersih dan yang pasti, tidak ada lalat!surau KLIA nyaman, ada karpet, tidak perlu saya duduk atas lantai yang dingin itu...yang paling saya suka, saya boleh cek in dan masukkan luggage awal2..tak perlu saya jaga beg yang besar tu..
kalau nk dibandingkan MAS dan AirAsia, saya mmg banyak cerita. sungguh, ingin saya katakan,pegawai atau staff AirAsia sangat kurg sopan.tidak ada senyum manis waktu melayan.saya tahu, ramai pengguna AirAsia adalah warga negara Indonesia yg bekerja di Malaysia. tapi mereka juga membayar tambang.mereka patut dalayn dengan hormat.pernah sekali, waktu saya check in, luggage saya lebih dari yang sepatutnya kerana saya banyak mmbawa pulang buku.saya mencuba nasib, kot2 la staff itu boleh mmbantu jadi saya tidak perlu bayar excess luggage. tau apa yang dikatakan staff itu 'kami penerbangan tambang murah,tak ada diskaun utk student'.tiada langsung senyum di wajahnya.saya geram sungguh.kalau pun tidak mahu membantu,cubalah bicara dengan lembut dan senyum.anda dibayar utk melayan penumpang, bukan marah2.itu baru satu, banyak lagi kisah saya. ada pramugari AirAsia yang menyindir penumpang. dan saya tidak pernah dibantu mengangkat hand luggage masuk ke tempatnya dalam flight.walaupun jelas pandangannya, saya terkial2 kerana luggage yang berat dan saya yang memang tidak cukup tinggi.ini baru rungutan saya.banyak lagi kisah teman2 saya,yang ditinggal flight, yang dimarah.mcm2 la..selain itu, pakaian pramugari AirAsia bagi saya, kurg bersopan..knapa perlu mmakai skirt pendek..hairan saya...tapi sewaktu saya menaiki MAS, ground staff nya sopan, penuh senyum, lembut dan sgt helpful walaupun pramugarinya agak dingin sedikit..mungkin saya tidak kelihatan seperti org kaya..
apa2 pn, yg pasti bagi saya, AirAsia perlu meningkatkan kualiti penerbangan dan layanan penumpang dari staffnya sebelum berpikir ingin membuka airport baru..igt la..customer adalah raja.nnt walaupun tambang anda murah, kalu service tidak bagus, orang akan fed up..

Susilo Bambang Yudhoyono di Unibraw

Selasa, tanggal 25Januari, bapak presiden Republik Indonesia singgah di Unibraw.besar sungguh poster kedatangan beliau. dari jarak 1kilometer pn buleh nampak.kebetulan hari tu saya keluar awal pagi, jam 7.15 pagi saya sudah berjalan kaki menunggu angkot (public transport berbentuk van..alaa..mcm dlm drama2 indonesia tu). dari jauh, saya nmpak ramai anggota polis telah bersedia.pintu unibrwa(universiti saya) dikawal ketat. semua yang nak masuk harus tunjuk id card.polis2 yang lain pula sibuk berkawal.di tepi jalan berbaris anggota polisi. saya yg berjalan dengan selmba mcm tgh cek barisan kawad.saya rasa nak tabik plak pak2 polisi tu.ehhehe.kawalan keselamatan yang ketat ckup mghairankn saya. org ramai pula berbaris di tepi2 jalan,ada yang duduk, berdiri, mencangkung di setiap sudut berhampiran pintu masuk unibraw. anak2 sekolah berbaris memegang bendera utk menyambut pak presiden.saya teruskan perjalanan.melintasi pintu pagar unibraw,menaiki angkot dan terus ke imigresen.saya di imigresen selama 2jam.apabila saya pulang, saya lihat lebih ramai anggota polis yang berkawal.lengkap dengan polis anti unjuk rasa (demonstrasi). dengan kawad besi, perisai dan lain2. ada tunjuk perasaan ke?exited pula saya. dalam angkot seorang atok bertanya saya, ada apa banyak sekali polisi?dengan loghat indonesia saya mnjawab, pak SBY datang ke unibraw. atok itu terangguk2.saya turun dari angkot dan berjalan kaki utk pulang ke kost.. di tengah jln, rupanya ada sekumpulan mahasiswa sedang berdemonstrasi.seluruh jalan penuh dengan mereka. penuh semangat malah tidak berbaju di tengah panas terik.suara mereka kuat melaung2.saya terhenti seketika.bagaimana saya boleh menyelit di tengah2 org berdemo dengan kawalan ketat polis?tapi saya menyelit juga.sambil mulut berkata permisi, permisi (excuse me).saya melepasi mereka dengan ucapan alhamdulillah.syukur tidak ada apa2 yang berlaku.bimbang juga kalu tiba2 mereka merusuh dan saya tersepit di tengah2.dan dari kawan saya yang cuba ke kampus utk mmbuat urusan, kampus ditutup utk umum.rakyat2 menunggu di tepi jalan utk melihat secara langsung pemimpin mereka dan ada yang mcari pluang menunjukkan bantahan.urusan banyak terganggu.inikah harga yang perlu dibayar oleh rakyat kerdil utk kunjungan seorg pemimpin besar?