saya tergerak nk tulis pasal KLIA, LCCT, MAS dan AirAsia ni sebab skrang ni org dok cakap2 tntang AirAsia nk buat airport baru di Labu..emmm..even kes ni tak seheboh kes Perak, tapi agak heboh la sebelum Perak kecoh2 sikit ni...sebenanrnye saya boleh dikira sebagai regular customer LCCT dan AirAsia..setahun saya akan mggunakan penerbangan ini sebanyak 12kali..maklumla saya pulang ke tanah air 3kali setahun..blik ke terngganu pn saya prefer naik flight sbb cepat dan tidak penat...baru2 ini, saya pulang mggunakan MAS.kali kdua saya menaiki MAS sbenarnya.sudah pasti, flight MAS akan landing di KLIA.wahhhh..jauh benar bezanya MAS+KLIA dan AirAsia+LCCT...pertama kali seumur hidup saya merasa seperti org blaja di oversea pulang ke tanah air..hehehe..
apa yang boleh saya katakan tentang LCCT..seperti bus station..contohnya Hentian Putra dekat PWTC tu...turun dari flight, kepanasan Malaysia sudah pasti mnyambut..dengan berjalan kaki, kalau panas, saya berpanas. kalau hujan, saya berhujan menuju terminal.di kaunter imigresen tidak sah kalu tidak beratur panjang.sudah la sesak, panas, McD di LCCT ada lalat..sgt crowded, bising.nk duduk pn tidak cukup tempat..bagi org yang transit mcm saya, mnunggu flight pulg trg selama 6jam, kepenatan amat terasa. seksa sungguh.beza dengan KLIA. keluar pintu pesawat, hawa dingin aircond yang menyapa. saya mmg bukan pulang dari UK, cuma di Malang (kota saya belajar) udara agak dingin.jadi terasa bezanya..walaupun agak jauh ke tempat mengambil luggage, tapi ada small trolley utk hand luggage yang berat.selain itu, ada escalator (entah ye atau tidak org panggil escalator..alaa..tempat laluan yang bergerak tu, tapi bukan tangga). tak perlu saya berpanas, dan berjalan jauh.tempat imegresennya selesa.selain itu, kerusi menunggu pun banyak,persekitaran bersih dan yang pasti, tidak ada lalat!surau KLIA nyaman, ada karpet, tidak perlu saya duduk atas lantai yang dingin itu...yang paling saya suka, saya boleh cek in dan masukkan luggage awal2..tak perlu saya jaga beg yang besar tu..
kalau nk dibandingkan MAS dan AirAsia, saya mmg banyak cerita. sungguh, ingin saya katakan,pegawai atau staff AirAsia sangat kurg sopan.tidak ada senyum manis waktu melayan.saya tahu, ramai pengguna AirAsia adalah warga negara Indonesia yg bekerja di Malaysia. tapi mereka juga membayar tambang.mereka patut dalayn dengan hormat.pernah sekali, waktu saya check in, luggage saya lebih dari yang sepatutnya kerana saya banyak mmbawa pulang buku.saya mencuba nasib, kot2 la staff itu boleh mmbantu jadi saya tidak perlu bayar excess luggage. tau apa yang dikatakan staff itu 'kami penerbangan tambang murah,tak ada diskaun utk student'.tiada langsung senyum di wajahnya.saya geram sungguh.kalau pun tidak mahu membantu,cubalah bicara dengan lembut dan senyum.anda dibayar utk melayan penumpang, bukan marah2.itu baru satu, banyak lagi kisah saya. ada pramugari AirAsia yang menyindir penumpang. dan saya tidak pernah dibantu mengangkat hand luggage masuk ke tempatnya dalam flight.walaupun jelas pandangannya, saya terkial2 kerana luggage yang berat dan saya yang memang tidak cukup tinggi.ini baru rungutan saya.banyak lagi kisah teman2 saya,yang ditinggal flight, yang dimarah.mcm2 la..selain itu, pakaian pramugari AirAsia bagi saya, kurg bersopan..knapa perlu mmakai skirt pendek..hairan saya...tapi sewaktu saya menaiki MAS, ground staff nya sopan, penuh senyum, lembut dan sgt helpful walaupun pramugarinya agak dingin sedikit..mungkin saya tidak kelihatan seperti org kaya..
apa2 pn, yg pasti bagi saya, AirAsia perlu meningkatkan kualiti penerbangan dan layanan penumpang dari staffnya sebelum berpikir ingin membuka airport baru..igt la..customer adalah raja.nnt walaupun tambang anda murah, kalu service tidak bagus, orang akan fed up..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dalam 4 sykt penerbangan yang aku terbang aku rase mas lg baik servis nya...nk compare dgna airasia tkt xlah jauh beza sgt cume rm 70 @ rm 80 ringgit je tp
Tak boleh tdo maam ni..so Terfikir pulak nak offer Parking murah untuk staff KLIA..tapi mesti group..layari website kami www.gelenggang.com
Post a Comment