sebenarnya, tahun ini msuk tahun keempat saya tggal di bumi Indonesia.bermula dari jatinangor bandung, sampai la saya berhijrah ke malang, jawa timur..sekali sekala terpikir juga cepat masa berjalan sampai tidak sedar usia makin beranjak..saya tahu, saya kurang pengalaman berbanding orang lain..pengalamn hidup yang cetek..ramai student lain sibuk dgn pelbagai aktvti. mungkin keadaan memksa (maaf..saya menyalahkan keadaan). hanya kampus and kost dunia saya.tentu ada yg tertnya2 apa tu kost?em...kost tu adalah hostel or asrama yang disewa. saya menyewa sebuah kamar di kost itu. harga? rp 375ribu (lebih kurg rm150) tak termasuk additional electrical items mcm fridge.
setiap hari, saya bgn tidur, tunaikan kewajipan sbgai Muslim dan kemudian, bersiap ke kelas. kampus dan kost cuma 15minit berjalan kaki. kdg2, kalu saya terlambat, saya pecut skit, jadi 10minit saya sudah di depan kampus. nasib baik la bngunan kelas saya tu ada lift. xperlu la saya panjat tangga walaupn kelas saya cuma di tingkat 3.kalu sewaktu saya semester 1, 2 dan 3 saya adalah org antara org paling awal sampai d kelas.sejak semester 4 dan 5, saya smpai di kelas 5 minit sebelum kelas bermula.entah la..saya mungkin semakin malas.ehehhe..mcm biase, di kelas mndengar lecture..org selalu ckp, kalu nk fokus pada lecture dan tidak mngantuk, biasakan mencatat. tapi saya, lagi saya mncatat lagi saya hilang tumpuan. bkn apa, tgn hendak menulis, mata hendak melihat ke skrin, otak mahu mncerna apa yang lecturer cakapkan, saya mudah serabut. mana saya nak control tulisan bagi cantik (saya adalah org yang particular bab2 tulisan.xboleh tulisan buruk.saya berazam nak jadi doktor dengan handwriting yang kemas.ehhehe). Allah kurniakan saya kelebihan, cepat mengingat tapi Allah juga kurniakan saya kelemahan, mudah lupa.jd sy just fokus pada lecturer di depan, tgn dok diam2, mata buka bulat2, telinga saya buka lebar2, supaya otak saya cepat masuk dgn apa yang diajar. kdg2 fikiran saya tiada di situ, cuma mata saja terpacak pada skrin LCD.namun mungkin pantang bg sy melelapkan mata dalam kuliah walaupun rasa dh berada dlm alam mimpi.rasa mcm disrespect the lecturer.tp kdg2 sy terangguk2 juga..kalau la saya bleh tidur dgn mata terbuka..
selalunya kelas mulai jam 8pagi hingga jam 2 atau 3 petang..ada break sejam yg akan sy gunakan utk mkn dn solat.dalam seminggu, dalam 2 kali smggu ada kelas praktikal, sepatutnya kelas praktikum selama 3jam, tetapi selalunyer 2jam sahaja. entah kami student yang menyingkatkan waktu atau mmg sepatutnya buleh abis dalam 2jam.tapi yang saya tau, mmg pnat kalau ada praktium.terutama nak menghadap mikroskop selama 2jam.naik lenguh pinggang saya.mata pn pnat.kelas2 biasa selalunya saya lalui dngan santai atau sambil menghitung waktu cepatlah berlalu.
pulang dari kelas, saya langsung pulang ke kost.singgah sebentar di warung mmbeli mknan dan pulang.jarang sekali saya melencong ke mall atau lebih glamernye kami di sini panggil MATOS (Malang Town Square). dalam sebulan mungkin 2-3 kali.bukan ape, mkin kerap saya ke sana, makin byk duit yang habis. di kost, kdg2 saya abiskan masa buat assignment, mkn, tgk tv sikit, dan lain2 aktiviti student yang biasa. kira2 jam 10 mlm sy akan tdo. habis la 24jam saya. seharusnya saya lbih byk meluangkan masa utk aktvti berfaedah. keadaankah yang bersalah lagi?atau saya yg tidak tahu mmbhagikan masa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment